Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE final

Akhirnya 10 malam yang dinanti kini tiba. Kini, semua dah di luar kedai. Baru sekejap tadi semua bergelak sakan. Mana tidaknya, tiba-tiba akak manger suruh tutup kaunter. Wan orang pertama lari dulu. Sya dengan aku buat tak tahu. Last-last Najmi jugak yang buat. Itupun macam dipaksa mak suruh beli barang ke kedai. Berdekah masing-masing melayan gabra. Najmi kata, kalau salah tutup kaunter, salah suis ke, alarm bunyi nanti. Tak memasal nak unplug wire pun semua takut. "Hah, semua takut. Rumah masing-masing takde plag" Wan, cakap macam ada gaya, tengok-tengok dia dah dah takda. `Lari jugak` "Woi, tutup pc, cabut suis pun tak reti ke?!" Akak manager dah bersuara. Akhirnya, Sya tampil ke depan. Tutup suis dan tenanglah suasana. ****** "Esok Ira tunggu kita kat depan tau. Sya takut nak masuk sorang. Esok Nurin cuti. Wan je ada dengan senior lain. Tunggu tau!" "Hmm" Berbakul serba salah dibuatnya. Kalaulah diorang tahu apa yang aku simpan da

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE part 4

Lebih 3 jam aku mundar-mandir di ruangan kedai ni. Yang lain nampaknya sibuk mengurus hal masing-masing. Akhirnya, aku ke ruangan cooking utensils. Jag air yang melambak aku susun mengikut warna, saiz dan jenama. Bekas makanan yang besepah di sini sana turut aku kutip dilonggok dengan sepunya. "Ira, awak department baju baby" Nurin berlalu pergi sambil membawa pesanan akak tadi. `Dah 3 jam lebih baru bagitau department mana. Bagusnya management dekat sini` ******** "Oi ira!" Sya berdiri tegak di hadapan aku. Aku mengangkat kening tanda dah sedar dari mimpi dalam kaku. `Lol, sempat aku berangan pasal pagi yang malang tadi` "Sya pun pernah kena marah macam yang Ira kena. Baru kejap tadi masa Ira solat, Sya kena tengking. Akak kata, kau tu cakap selamat datang kuatlah sikit. Orang tu semua tak tengok kau pun! " "Seriously?" "Serious. Ape ntah salahnya kalau dia senyum sikit kat kita. Kan dapat pahala sedekah. Sinis sangat." &qu

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE part 3

Malam semakin gelap dan pekat. Sempat aku selak lengan baju putih panjang yang dipakai. ` Dah pukul 9 rupanya. Makin ramai pulak orang aduh .` Najmi sibuk mengurus department baju sekolah, Fiza sibuk di kaunter, Wan kemain khusyuk melipat blanket, Sya sorang je yang setia di muka pintu menyambut tetamu. "Sya, Nurin mana. Balik ke?" "Dalam bilik manager. Esok dia cuti. Uruskan apa ntah" Aku perhati mainan yang disusun sebelah Sya. Berderet patung Frozen disusun mengikut saiz. Tak termasuk lagi patung-patung Mickey ntah apa lagi yang dijelmakan Disney. ` Barang tiruan ni. Ada je ejaan yang sengaja disalahkan. Heish heish New York pun jadi New Yok ` "Ira keje mana sebelum ni?" "Handle booth kalau ada eventS. Sya?" "Tak keje. Semua tak call, kedai ni je yang call. Redha jelah". Maka, aku dan Sya mula mengatur bicara, bertukar cerita dan bergelak ketawa. Sempat jugak Najmi dengan Wan bercuit-cuit tengok sakannya kami bercerita. Ha

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE part 2

Hari menginjak petang, semakin gelap dan suram. Masing-masing dah ke tempat sendiri. Tiada longgokan manusia di bahagian depan. Allahuakabar!  Allahuakbar!  'Eh dah masuk Maghrib. Okay sabar Ira sabar, lagi 3 jam je! ' Aku masih mundar-mandir di department sendiri. Baju bayi dah disusun serapi-rapi. Dalam diam, mata tak lepas memerhati yang lain. Sorang-sorang mengatur langkah menunaikan solat Maghrib. ****** " Sya, after tau!!! " "Okay!" Laju-laju Sya isi rekod dalam buku. 5 minit berlalu. 10 minit menginjak pergi. Saat berganti saat. Minit bersilih ganti. `Aduh Sya lama gila. Dah pukul berapa ni.` "Iraaa, sorry lama. Cepat gi solat sana." Lambat-lambat aku ke buku rekod untuk mengisi nama. Dah jam berapa ni. Risau jugaklah kot-kot Maghrib dah habis. Tidakkah naya sekiranya begitu. Tanya Sya pun, menggeleng tak tahu. Bukan orang sini dia kata. ******** Pandang pintu depan. Okay, ada Wan lagi. "Waan!" "Yes?"

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE part 1

Hambar. Katanya, first impression memainkan peranan utama dalam kehidupan seseorang. Entah apa silapnya, semuanya kacau bilau serba tak kena. Mungkin. Mungkin sebab dah buat salah besar di pagi yang salah bersama-sama dengan orang yang salah. Maka semuanya menjadi serba salah. Pagi ni, tiada sekelumit waktu pun yang tidak terisi dengan monolog dalaman si empunya diri. 'Hemph..Tempat ni nak kata bagus sangat takdelah. Tapi,,, bolehlah dikatakan..' Belum pun sempat monolog bernoktah, seseorang datang menghampiri. "Erm nama siapa ya?" "Sahira. Panggil Ira je" "Owh...Akak panggil Ira kejap tadi " "Alrite, thanks!" "Nanti Ira diri kat depan tu tau" "Ok" ******* Entah siapa si tadi. Ada rupa, tinggi, putih, kacaknya ada, santun pun molek. Berapa umurnya, siapa namanya semua kekal bertanda tanya. ******* Pagi ni, aku berdiri kaku lagi. Tiada sumber untuk dicerita, apalagi nak dibuat jenaka. 'Kesian anjing