Skip to main content

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE part 3

Malam semakin gelap dan pekat. Sempat aku selak lengan baju putih panjang yang dipakai.

`Dah pukul 9 rupanya. Makin ramai pulak orang aduh.`

Najmi sibuk mengurus department baju sekolah, Fiza sibuk di kaunter, Wan kemain khusyuk melipat blanket, Sya sorang je yang setia di muka pintu menyambut tetamu.

"Sya, Nurin mana. Balik ke?"
"Dalam bilik manager. Esok dia cuti. Uruskan apa ntah"

Aku perhati mainan yang disusun sebelah Sya. Berderet patung Frozen disusun mengikut saiz. Tak termasuk lagi patung-patung Mickey ntah apa lagi yang dijelmakan Disney.

`Barang tiruan ni. Ada je ejaan yang sengaja disalahkan. Heish heish New York pun jadi New Yok`

"Ira keje mana sebelum ni?"
"Handle booth kalau ada eventS. Sya?"
"Tak keje. Semua tak call, kedai ni je yang call. Redha jelah".

Maka, aku dan Sya mula mengatur bicara, bertukar cerita dan bergelak ketawa. Sempat jugak Najmi dengan Wan bercuit-cuit tengok sakannya kami bercerita.

Hari makin malap. Orang makin kurang. Perlahan-lahan, lengan baju aku selak lagi.

"Haih lambatnya. Lagi setengah jam. Nak balik!"
"Tulah, kaki Sya dah sakit ni"

Entah macam mana, insiden pagi tadi menjengah ruang mata. Berubah suasana.

"Haih, datang tadi dah lambat, balik nak cepat. Buat sakit hati manager je dengar"

Jelas perubahan ton suara dan mood dalam penyampaian aku.

******

Pagi tu,

"Akak ! Budak baru !"

Aku disuruh ke kaunter bayaran. Belum pun sempat aku bersuara.

"Awak ni siapa?!"
"Yang dapat call semalamlah".

Serius, kalau ada pintu ke mana sahaja yang Doraemon punya tu, sungguh aku minta lari ke Madagascar.

"Taulah yang dapat call. Tapi siapa?!"
"Sahira"

Panas kat mata jangan ditanya darjahnya. Panas matanya dia nak menghambur kata-kata. Panas matanya aku nak menghambur air mata.

"Saya suruh datang pukul berapa?!"
"9.45"
"Sekarang pukul berapa?!"

Jelingan paling tajam dihadiahkan buat sekian kalinya.

`Tak penat ke mata dia ni menjeling. Cucuk kang ! Lambat 5-7 minit je kot. Aku dah sampai awal okay. Yang kau bukak pintu depan 1/4 pun tak, macam mana nak suruh masuk awal. Lepas tu nak bebel lebih-lebih. Bapak aku gi tandaslah wei, sebab tu lambat!`

Diam. Segala jawapan yang bermain di minda tersimpan tak diluah melepasi kerongkong.

"Tadi pintu bukak sikit je. Sebab tu tak masuk"
"Dah tu, tak boleh tanya?!"

Diam. Aku diam lagi. Cuba untuk diam lagi.

"Maaf, saya salah"

Aku menunduk 40 darjah. Puas agaknya hati si dia. Diam akhirnya.

"Handphone bagi sini ! Off dulu ! Beg sekali !"

Dia meraba beg kuning yang separuh saiz dari beg graduasi aku.

"Ni apa?"
"Telekung" Sengaja aku tekan suara saat menyebut telekung. Berubah juga air mukanya dia.

`Hah kak. Islam ajar, kalau marah amik wuduk. Jangan ikut perasaan. Tu saya sebut telekung tu. Saja je suruh akak beringat`

"Telekung keluarkan, bawa pergi belakang. Dalam ni apa?"
"Nasii"
"Bekal? Bawa pergi belakang sekali. Pergi bawa keluar barang!"

Aku membatu di situ.

`Letak belakang tu kat mana? Barang tu ,barang apa?`

Nasib baik Nurin datang menyelamat keadaan.

Akhirnya, aku disuruh untuk angkat keluar patung pakaian dan sangkut di depan kedai.

Lepas 10 minit bertegang urat leher dan tangan. Kerja aku selesai. Perlahan-lahan aku melangkah ke dalam. Aku disuruh mengemas ruang solat, sinki luar dan sebagainya.

`Yang bagi tugas pun cashier. Akak tadi mana. Takkan keje aku memgemas je`.

Ke depan. Ke belakang. Ke depan lagi. Ke belakang lagi.

Hanya Wan di sini. Sepi.

"Tong sampah mana?"
"Bawah tangga depan" jawab Wan sambil berdiri di muka pintu.

********

3 jam berlalu. Aku masih tiada hala tuju. Untung juga 1 jam tadi Wan suruh aku jaga pintu. Lepas tu, entah. Ada orang lain dah ambil posisi aku.

"Kena buat apa lagi ni?"
"Ira kemas je. Nanti kalau tak buat kerja kena marah"
"Kemas je?"

`Subjektif betul kerja ni ! Kemas je?`

*******

Akhirnya aku buntu. Kaki aku tala ke belakang. Department boxer bersepah sesungguh-sungguhnya. Sakit mata.

Pandang kiri. Pandang kanan.

`Takde orang kemas ke? Takpe ke kalau aku kemas ? Macam tak senonoh je`.

Orang putih kata , finally ! Longgokan selipar bersepah sini sana. Sejujurnya, aku sendiri tak pasti. Perlu ke selipar ni disusun mengikut kronologi saiz kaki? Belum pernah rasanya orang susun selipar selonggok dalam bakul ni.

`Susun jelah`.

******

(bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

Hurt

Even when the sky comes falling Even when the sun don't shine I got faith in you and I So put your pretty little hand in mine Even when we're down to the wire baby Even when it's do or die We could do it baby, simple and plain 'Cause this love is a sure thing Remember those days when I felt nothing, and everything seemed too sudden and blurry? I don’t expect me to be carried away so bad for what was happening. Those days when I don’t feel like how I used to. I don’t know if part of me is losing, or I’m losing whole piece of me. Everything was numb. My heart. My spirit. Lucky that my brain is still functioning on track. I’ve never expected that I could break this hard. People told me that being heartbroken is hard. But they never told me that it will be this hard. Too hard that I’ve feel like giving up fighting. *** Fighting is fun. For someone who loves to go against my comfort zone, I used to find it thrilling. But I’ve never thou...

Love story. Ain't love story.

Love story, I guess that last night's dream affects me quite severely. I guess that it was a very good love story that I almost wanted to live in it. I guess that I'm going crazy. Definitely. Ever heard about that fast beating heart?  It just happened! My heart was beating so fast, SO FAST! That I almost thought that I'm gonna lose my breath some time soon but not.  Well on a side note, yes, final is approaching, But, I don't think that is the main reason over this unplanned 'band' in my heart.   Time to think. And yes, my study effort was on hold. I need to know the reason.  I need to know why am I like this. OMG help. Few minutes of thinking, "5 minit sampai" OMG that was the reason. God knows how fast the beats accelerated, how crazy I can be over this sudden rare-phenomenon. God knows.  Funny that, This is not my first time meeting him. This beating things has never happened. And  This is just a no...

VIBES !

" Ada masa , kau cuma perlu dengar pendapat mereka , diam dan hadam . Kekuatan tu dicari bukan diberi sesuka hati ."- Ira,2016. ***" " Seriously Econs kat Uia?! Weyy bestnya!Tabah kesayangan. Jangan nanges.Tapi econss.Wah! Environment uia.Bestnya! Takpe ingat Allah tak saja saja atur perancangan.Kau gak cakap dgn aku.Semoga ada ibrah disebaliknya. Okay at first, semua bidang yg Allah dah tetapkan dari azali memang untuk kita. Memang dalam universiti, pergantungan kita pada Allah sangat tinggi kak ra.Kakra kene ingat. Dia yang pilih kita untuk jalan ni.Takde bidang yg senang dalam dunia ni even diorang passion sngt dngan sesuatu bidang tu. They also have to struggle. Dan yg paling penting, Allah tahu niat kita. Dia akan tolong kita.Sesusah mana kita fikir, kalau Allah kata permudahkan untuk hamba aku ni.Takde satu benda boleh halang. Kunfayakun!! Takda jalan kat dunia yg mudah. Jangan tengok orang kat luar. End of this, kita yg kene la...