Hari menginjak petang, semakin gelap dan suram. Masing-masing dah ke tempat sendiri. Tiada longgokan manusia di bahagian depan.
Allahuakabar! Allahuakbar!
'Eh dah masuk Maghrib. Okay sabar Ira sabar, lagi 3 jam je! '
Aku masih mundar-mandir di department sendiri. Baju bayi dah disusun serapi-rapi. Dalam diam, mata tak lepas memerhati yang lain. Sorang-sorang mengatur langkah menunaikan solat Maghrib.
******
" Sya, after tau!!! "
"Okay!"
Laju-laju Sya isi rekod dalam buku.
5 minit berlalu.
10 minit menginjak pergi.
Saat berganti saat.
Minit bersilih ganti.
`Aduh Sya lama gila. Dah pukul berapa ni.`
"Iraaa, sorry lama. Cepat gi solat sana."
Lambat-lambat aku ke buku rekod untuk mengisi nama. Dah jam berapa ni. Risau jugaklah kot-kot Maghrib dah habis. Tidakkah naya sekiranya begitu. Tanya Sya pun, menggeleng tak tahu. Bukan orang sini dia kata.
********
Pandang pintu depan. Okay, ada Wan lagi.
"Waan!"
"Yes?"
"Nak tanya Maghh.."
"Kejap ehhh"
`Haih, time aku nak tanyalah dia sibuk.`
Wan kembali setelah 2 minit berlalu pergi.
"Nak tanya apa tadi"
"Takde, maghrib masih lagi ke? Tak maksudnya Isyak bila?"
Otot-otot kening Wan bercantum menjadi satu.
"Maksudnya?"
"Macam ni, masih sempat ke solat Maghrib?". Sunggguh-sungguh aku ketuk jam supaya Wan dapat memproses maklumat dengan lebih pantas, cerdas dan tepat !
"Owhhhh.. Pukul hah? 8.20?" Dia garu kepala sekejap.
"Belum dengar azan lagi, Ira solat je Maghrib dulu".
"Alrite!"
********
Sup sap sup sap, Assalamualikumwarahmatullah...
Jam di tepi aku toleh laju-laju. Baru sesaat usai solat,
Allahuakbar ! Allahuakbar !
`Naib baik sempat Maghrib fuh!`
*****
Disebabkan dah terambil masa yang lama dalam bilik solat tadi, maka langkah aku dipacu laju.
Keltak keltuk keltak keltuk bunyi kasut tumit ni berlagu di malam sepi. Tiba-tiba Najmi lalu.
Dalam hati baru nak bersedekah senyuman semanis gula melaka, apakan daya, Najmi buat saja je. Sekali dipandang,
`Eh kenapa Najmi jeling aku ni? Tak puas hati ke? Haih, bertegur pun tidak nak marah pasal apa`.
******
2 jam masih berbaki. Customer makin ramai berbanding pagi tadi.
"Excuse me, can you help me?"
Hampir-hampir seketul Ira jatuh tergolek di malam hari dek sapaan seorang mak cik. Eh !
Seorang wanita bertubuh besar bertinggi rendang ralit memerhati department aku.
"Yess miss?"
"Can I have size 42?" Sambil menayang-nayang sehelai barangan peribadi yang ingin dibeli.
"Owh wait a second, i`ll find it for you".
Gugup,gentar, kabut bersatu menjadi gelisah. Sehelai demi sehelai, sebaris demi sebaris, akhirnya,
"Miss, how about this one?"
"Red?!" Mak cik tadi nampak kurang senangnya. " I want laikaler"
Satu, dua saat juga aku membatu.
`Laikaler? Lai lai aku tau la. Laicikang ke. Laila ke. Laikaler paadiaaa`
"I want light colour, I don't want red and this and this colour" sambil mak cik tu menuding ke arah warna purple pekat, dark blue, striking pink dan sebagainya.
"Owh okay.."
"Find me 42 and give it to me.I want to look around those clothes"
Maka mak cik tadi berlalu pergi, mengangkat kaki.
`Ala mak cik . Cari sama-sama lah !!`
******
Minit berselang ,akhirnya barangan peribadi saiz 42 berjaya ditemui. Dengan tebal muka, aku mengusung barang peribadi bersaiz 42 itu ke department sebelah. Lagi haru, Wan dengan Najmi sempah menjengah apa yang aku usung.
Nampaknya, mereka berlalu pergi tanpa sepatah kata. Segan lah tu ! Kah kah kah !
*****
"Miss, this one 42"
"Found ? Cup ?"
"What cup?" Jujur sahaja seketul aku di saat itu.
"I want cup C"
Nasib baik pakai tudung, kalau tidak, hendak saja rambut dalam tudung ni ditarik-tarik ke langit bumi.
"I don't know how to find the cup. But I think this one is bigger than before"
Setelah agak kurang yakin, mak cik tadi segera memadankan barangan peribadi tersebut ke badannya.
"Look, still small."
Dengan wajah simpati minta dikasihani, aku menutur kata meraih belas ehsan agar tidak disuruh mencari lagi.
"I see. But this is the only one left."
Akhirnya, mak cik tadi menyerah kalah dan berlalu pergi.
"Wuuu ira dapat customer speaking !"
"Pandai siot ira jawab"
"Ira jual apa tadi iraaa. Hahaha"
`Kau tak tau grammar aku tunggang langgang ke utara selatan. Dengan disuruh cari cup lagi. Manalah aku tau padiaa`
Aku hanya mampu tersengih sorang menjawab segala kata-kata mereka. Ini bermaksud, segala cemuhan dan rungutan di dada kekal tersimpan dalam hati je.
********
(bersambung)
Comments