Skip to main content

PROCEED


Dia pernah pesan dengan aku,

“Satu saat bilamana aku jatuh, ajarkan aku cara untuk bangkit. Ingatkan aku, sebab-sebab untuk aku bangkit”

Tapi betul kata orang. Manusia mudah lupa. Buktinya, aku lupa siapa orangnya. (omg so lame) Tapi pesan tu, masih aku pegang. Masih aku simpan. (Siapa-siapa yang jatuh nanti, InshaAllah aku tolong. Tapi kalau jatuh kerusi, give me 2 minutes to enjoy the scene. Ok sis gurau)

***

Ni aku nak tanya,

“Kalian pernah jatuh?” (omg ‘kalian’ so sastera)

Eh cmon, aku pernah jatuh. Dia pernah jatuh. Mereka pernah jatuh. Tak mustahil kalian juga jatuh. See? Annoying kan aku?

***

Jatuh bangun aku. Tak kisahlah terlentang ke terduduk. Selalu aku simpan sorang je. Sebab tau dah, manusia ni kalau dia tak keji, kalau tak dia ejek, dia gelakkan punya. Benda tu normal, aku pernah rasa. So kau, jangan down sangat. Lek tenang-tenang, teh secawan.

***

Ni aku nak pesan, dalam biology,fasa pembentukan manusia ni banyak. Ade lag phase,negative phase etc. Malah, dalam  P.Islam sendiri dinyatakan fasa pembentukan manusia ni berperingkat. Daripada segumpal darah kepada tulang belulang yang dibaluti daging, all in ordered phase.

Hm boleh tahan metafora aku.

Point aku kat sini, hidup kita ni berfasa-fasa. Setiap fasa tu ujian dia tak sama. Berbeza. Flashback sikit masa zaman kanak-kanak yang bilamana hingus kita meleleh pun orang masih claim comel.

Bahagia tak? Paling besar ujian kita rasa pun, derita tak dapat beli jajan Tora dekat mall takpun patung Barbie kat pasar malam. Masatu, merajuk ade yang pujuk. Nangis sikit, (real sikitlah) InshaAllah dapat jajan tu. Walaupun kadang kala sakit telinga kena piat tu ada. Tapi, masih bahagia kan?

***

Ok back to reality. Imbas sikit kau yang sekarang. Kau yang tudung senget sikit pun dah kena claim serabai. Kau yang lupa sikat rambut sikit je dah dicop pemalas. (Padahal faktanya hingus meleleh tu jauh lagi serabai, but facts hurt a little bit sometimes)

Kau yang dah besar. I just feel like using ‘kita’. Ok switch!

Kita yang dah besar ni. Cabaran dia tak sama macam dulu. Dari satu fasa ke satu fasa, ujian dia lagi susah. Lagi payah. Kadang-kadang, meleleh jugak air mata jantan kita. Tapi takpe, tu normal. 

Nangislah.

Tiada lain tujuan diciptakan ujian selain untuk membina kekuatan.”

***

Aku yang dulu, keras. Air mata jarang tumpah.

“Kau ni hidup senang je. Tak pernah nampak mata bengkak pergi sekolah. Untunglah.”

Masa tu, aku senyum je. Tayang muka bangga sikit. Hakikatnya, fasa kuat keras aku tak wujud tanpa sebab. Dah puas aku berduka lara dahulu kala. Aku dah rasa dulu fasa bengkak-bengkak mata. Sampailah ke tahap aku keras.

Bila dah selalu sangat berduka lara
.
Ressistance tu wujud tiba-tiba. Terbaliklah meja, aku tak peduli. Dah keras. Sampai satu masa, aku lupa nak nangis macam mana.

Tapi tu dulu.

Herm,kerasnya hati aku. Tapi dululah. InshaAllah dulu je.

***

Sekarang, herm. Aku rapuh. (Turn on lagu Opick) Ok serius balik. Tak, maksud aku. Resistance tu hilang. Entah,circuit rosak agaknya. Tapi point dia, aku dah tak macam dulu.

Eh come on. Kawan marah sikit pun balik aku nangis. Siap peluk bantal marah diri sendiri. Kalau kena marah siap tengking, memang aku tumbuk-tumbuk bantal tu.  Sambil jerit dalam sendu,

Why you did this to me?!”

Ok, itu salah satu unsur hiperbola dalam cerita aku.

Banyaknya melagha. Ok serius kembali.

***

Ceritanya kat sini, aku nak bagitau.

Esok daftar univerisiti!”

Taklah, tu selingan je. Yang sebenarnya, aku nak cakap ni.

Esok mula hidup baru! (pasang pompom) Come on, sebenarnya nak cakap esok set-set ujian baru bakal menyusul lah tu. Set-set ujian yang mana semua kawan seorang kakra dah rasa awal-awal dulu. Herm, daftar lambat.”

Hai kakra. Semoga kuat! Ujian kat depan dah tunggu. Kot-kot rasa ujian kali ni macam level tinggi sikit, sedarlah yang kau dah ke fasa baru.

Ujian hidup sorang. Ujian dengan masa. Ujian dengan segala macam rencah asam garam pahit manis kehidupan semua ada. Kau duduk tenang-tenang je. Yang penting, panic tu jangan ada. Tuhan jangan lupa. Tu je pegangan kau ada. 

Kau lupa Tuhan. Bahayalah hidup.

Datanglah seribu fighter nak tolong kau (kalau ada) tak Berjaya jugak kalau pegangan kau salah.
Jaga niat beb. Belajar kerana Allah. Kotlah mati masa tengah study, kita dalam jalan jihad! Herm, kasar sangat sebut mati. Ok kita sebut ditarik nyawa.

“Kotlah ditarik nyawa masih tengah study,kita dalam jalan jihad!”

Okay. Tu je aku nak pesan. Ada akal,otak,hati semua lengkap Allah bagi. Gunakaaaan!

Benda buruk baik pun dah belajar masa kecik-kecik. Manfaatkaaan!

Dah panjang sangat ni. Ok setakat ni, itu jelah pesan seorang aku kepada aku. HAHAHAHA.

 'May everything be eased.Ameen."



Comments

Popular posts from this blog

UTP ?

Alhamdulillah dah tak jakun tengok Chancellor Hall. *** “Kenapa amik science stream? Kau patut sastera weh. Serious cakap.” ‘Sebab sastera takde biology’ “Nak amik medic?” ‘Tak. Saja suka biology.’ *** “Dah decide nak futher course apa?” ‘Tak. Ntah pening. SPM dulu.’ *** “UPU isi apa?” ‘Uia’ “Kenapa?” ‘Saja’ “Please duh.” ‘Sebab ada arab.’ “Kau pandai arab?” ‘Tak’ “Dahtu?” ‘Sebab tak pandailah nak amik arab’ …. “Course?” ‘Into Islamic Finance’ “Rugi. Better ACCA. Job prospect wider.” ‘Don’t care’ *** “Saya kaunselor” ‘Oh hai’ “Awak mohon apa?” ‘Finance’ “Engineering tak minat?” ‘Macam tak’ “Sains fizikal?” ‘Tak sangat’ “Saya cadangkan amik ukur bahan” ‘Apa tu?’ “Macam engineering jugak.” ‘Saya nak finance’ “Owh boleh jugak. Tapi engineering pun okay” ‘Owh Takpe, saya nak finance’ *** “Dah mohon scholarship?” ‘Tak. Banyak...

PETRONAS YOUNGSTAR DAY 2016

“Challenge yourself with new surrounding. Then only you’ll know your strengths and abilities ”-Ira,2016  This post is dedicated specially to those who requested. Saya tak mampu nak taip panjang dalam whatsapp. Typo maharaja maharani semua jadi. Nah cerita kat sini. To Asyaf, Khairiah, Aqilah, Zaimah and 'Izzah.. All the best for your iv and hope this will help a little bit. It was my first time experience. So let me first tell you, frankly speaking, I am so dead nervous for the interview session. Because hello, I’m gonna speak with strangers whom should be called as sir or miss or whatsoever, in English! I rarely speak English for sure. Well I did use  “I don’t think so” “I see” “Well I don’t know”.  But for sure, these aren’t going to help me speak fluently during that day. But, yeah. Let’s give a try ! ******** 5th of April 2016, Tuesday. “What kind of day is coming? Too...

VIBES !

" Ada masa , kau cuma perlu dengar pendapat mereka , diam dan hadam . Kekuatan tu dicari bukan diberi sesuka hati ."- Ira,2016. ***" " Seriously Econs kat Uia?! Weyy bestnya!Tabah kesayangan. Jangan nanges.Tapi econss.Wah! Environment uia.Bestnya! Takpe ingat Allah tak saja saja atur perancangan.Kau gak cakap dgn aku.Semoga ada ibrah disebaliknya. Okay at first, semua bidang yg Allah dah tetapkan dari azali memang untuk kita. Memang dalam universiti, pergantungan kita pada Allah sangat tinggi kak ra.Kakra kene ingat. Dia yang pilih kita untuk jalan ni.Takde bidang yg senang dalam dunia ni even diorang passion sngt dngan sesuatu bidang tu. They also have to struggle. Dan yg paling penting, Allah tahu niat kita. Dia akan tolong kita.Sesusah mana kita fikir, kalau Allah kata permudahkan untuk hamba aku ni.Takde satu benda boleh halang. Kunfayakun!! Takda jalan kat dunia yg mudah. Jangan tengok orang kat luar. End of this, kita yg kene la...