Akhirnya 10 malam yang dinanti kini tiba. Kini, semua dah di luar kedai. Baru sekejap tadi semua bergelak sakan. Mana tidaknya, tiba-tiba akak manger suruh tutup kaunter.
Wan orang pertama lari dulu. Sya dengan aku buat tak tahu. Last-last Najmi jugak yang buat. Itupun macam dipaksa mak suruh beli barang ke kedai. Berdekah masing-masing melayan gabra.
Najmi kata, kalau salah tutup kaunter, salah suis ke, alarm bunyi nanti.
Tak memasal nak unplug wire pun semua takut.
"Hah, semua takut. Rumah masing-masing takde plag" Wan, cakap macam ada gaya, tengok-tengok dia dah dah takda.
`Lari jugak`
"Woi, tutup pc, cabut suis pun tak reti ke?!"
Akak manager dah bersuara. Akhirnya, Sya tampil ke depan. Tutup suis dan tenanglah suasana.
******
"Esok Ira tunggu kita kat depan tau. Sya takut nak masuk sorang. Esok Nurin cuti. Wan je ada dengan senior lain. Tunggu tau!"
"Hmm"
Berbakul serba salah dibuatnya. Kalaulah diorang tahu apa yang aku simpan dalam kepala ni.
Akhrinya, kami beransur pergi. Sempat juga, kami bersalam sebelum semua angkat kaki.
Dan satu pencerahan di sini. Wan bukanlah keturunan Kelantan mahupun Cik Siti Wan Kembang. Petang tadi, sempat aku selak buku rekod rehat. Rupanya, nama dia Syazwan. Di short form kan, jadi Wan.
********
Maka, itulah catatan akhir 13 Januari 2016 seketul Ira.
Jam 9.22 pagi, 14 Januari 2016.
Aku berhenti. Berbekalkan teks pesanan ringkas aku kepada kak manager, akhirnya aku resign. (Atas fakto-faktor yang biarlah bertanda tanya untuk menjaga hati semua)
Jam 8.41 malam, 15 Januari 2016.
Aku sempat lalu tempat tu. Berat hati abah nak masuk laluan tu.
"Tempat tu dah takda kaitan dengan kau, kak. Nak tengok apa?"
Akhirnya, abah lalu jugak. Kereta akak manager takda. Separuh hati nak suruh turun jumpa korang semua. Separuh lagi suruh duduk diam dalam kereta, perhati je. Akhirnya, aku hanya memerhati.
Aku nampak Sya depan pintu. Dah pakai name tag dah dia. Aq nampak Nurin depan kaunter entah tengah urus apa. Yang paling jelas, aku nampak Wan luar kedai. Tengah susun karpet. Suram sunyi je suasana.
"Dah puas tengok, kak?"
`Belum`
*******
Kepada kalian, rajin-rajinlah bekerja. Menyesal rasa tak minta bekal untuk menyambung ikatan saudara. Lagi padu bila korang susah betul nak keluar dari kepala. Entah kenapa korang duduk sini lama-lama. Seksa jiwa raga je.
Tadi Ira cuba cari korang kat media sosial. Macam lawak gila. Mana mungkin akan terjumpa.
I`ll reserve you guys in my prayers. I wish you all the best for this 03.03.16 since that we`re all 18 years old, I really hope to see you soon. Maybe, during our studies?
And to Wan, thanks a lot for your care. You have been such a good guardian through my last 12 hours with you. Since that you're not sitting for Spm like others, I didn't mean it to overheard your conversation the other day. I hope to see you soon as a designer, just like what you've been wishing for.
Sya, be strong there. I heard that you`ll be there until the results are announced. I hope to see you in the meantime. Take a good care of your department and mine too. Hahhaa. I really appreciate your willingness to care for my words and acts.
Najmi and Nurin, I know we're not so close because you guys doesn't really look so brave to face me just like what Sya and Wan did. Bcs I know, me with my pretty angry face. Lol hahaha. But, still, u guys are the best of a friend.
Definitely, i`ll be missing you guys like what i`m doing now. Take care!
Sys, Ira.
******
~ Setiap pertemuan tu akan ada pengajaran yang ditinggalkan. Sama ada untuk kita mengajar atau diajar.
Segalanya bergantung pada penilaian empunya diri. Sebab, bukan APA yang dipandang, tetapi BAGAIMANA kita memandang yang akan memberi kesan dalam hidup seseorang.
Sesulit mana pun sesuatu keadaan, pacakkan keyakinan yang kita mampu keluar dari gelodak tekanan cabaran tu.
Sebab, Allah tak uji melebihi apa yang kita mampu. Selagi mana pegangan kita kukuh pada yang satu, tiada istilah sunyi, mahupun menyendiri. Kerana Allah sentiasa di sisi. ~
Comments