Malam semakin gelap dan pekat. Sempat aku selak lengan baju putih panjang yang dipakai.
`Dah pukul 9 rupanya. Makin ramai pulak orang aduh.`
Najmi sibuk mengurus department baju sekolah, Fiza sibuk di kaunter, Wan kemain khusyuk melipat blanket, Sya sorang je yang setia di muka pintu menyambut tetamu.
"Sya, Nurin mana. Balik ke?"
"Dalam bilik manager. Esok dia cuti. Uruskan apa ntah"
Aku perhati mainan yang disusun sebelah Sya. Berderet patung Frozen disusun mengikut saiz. Tak termasuk lagi patung-patung Mickey ntah apa lagi yang dijelmakan Disney.
`Barang tiruan ni. Ada je ejaan yang sengaja disalahkan. Heish heish New York pun jadi New Yok`
"Ira keje mana sebelum ni?"
"Handle booth kalau ada eventS. Sya?"
"Tak keje. Semua tak call, kedai ni je yang call. Redha jelah".
Maka, aku dan Sya mula mengatur bicara, bertukar cerita dan bergelak ketawa. Sempat jugak Najmi dengan Wan bercuit-cuit tengok sakannya kami bercerita.
Hari makin malap. Orang makin kurang. Perlahan-lahan, lengan baju aku selak lagi.
"Haih lambatnya. Lagi setengah jam. Nak balik!"
"Tulah, kaki Sya dah sakit ni"
Entah macam mana, insiden pagi tadi menjengah ruang mata. Berubah suasana.
"Haih, datang tadi dah lambat, balik nak cepat. Buat sakit hati manager je dengar"
Jelas perubahan ton suara dan mood dalam penyampaian aku.
******
Pagi tu,
"Akak ! Budak baru !"
Aku disuruh ke kaunter bayaran. Belum pun sempat aku bersuara.
"Awak ni siapa?!"
"Yang dapat call semalamlah".
Serius, kalau ada pintu ke mana sahaja yang Doraemon punya tu, sungguh aku minta lari ke Madagascar.
"Taulah yang dapat call. Tapi siapa?!"
"Sahira"
Panas kat mata jangan ditanya darjahnya. Panas matanya dia nak menghambur kata-kata. Panas matanya aku nak menghambur air mata.
"Saya suruh datang pukul berapa?!"
"9.45"
"Sekarang pukul berapa?!"
Jelingan paling tajam dihadiahkan buat sekian kalinya.
`Tak penat ke mata dia ni menjeling. Cucuk kang ! Lambat 5-7 minit je kot. Aku dah sampai awal okay. Yang kau bukak pintu depan 1/4 pun tak, macam mana nak suruh masuk awal. Lepas tu nak bebel lebih-lebih. Bapak aku gi tandaslah wei, sebab tu lambat!`
Diam. Segala jawapan yang bermain di minda tersimpan tak diluah melepasi kerongkong.
"Tadi pintu bukak sikit je. Sebab tu tak masuk"
"Dah tu, tak boleh tanya?!"
Diam. Aku diam lagi. Cuba untuk diam lagi.
"Maaf, saya salah"
Aku menunduk 40 darjah. Puas agaknya hati si dia. Diam akhirnya.
"Handphone bagi sini ! Off dulu ! Beg sekali !"
Dia meraba beg kuning yang separuh saiz dari beg graduasi aku.
"Ni apa?"
"Telekung" Sengaja aku tekan suara saat menyebut telekung. Berubah juga air mukanya dia.
`Hah kak. Islam ajar, kalau marah amik wuduk. Jangan ikut perasaan. Tu saya sebut telekung tu. Saja je suruh akak beringat`
"Telekung keluarkan, bawa pergi belakang. Dalam ni apa?"
"Nasii"
"Bekal? Bawa pergi belakang sekali. Pergi bawa keluar barang!"
Aku membatu di situ.
`Letak belakang tu kat mana? Barang tu ,barang apa?`
Nasib baik Nurin datang menyelamat keadaan.
Akhirnya, aku disuruh untuk angkat keluar patung pakaian dan sangkut di depan kedai.
Lepas 10 minit bertegang urat leher dan tangan. Kerja aku selesai. Perlahan-lahan aku melangkah ke dalam. Aku disuruh mengemas ruang solat, sinki luar dan sebagainya.
`Yang bagi tugas pun cashier. Akak tadi mana. Takkan keje aku memgemas je`.
Ke depan. Ke belakang. Ke depan lagi. Ke belakang lagi.
Hanya Wan di sini. Sepi.
"Tong sampah mana?"
"Bawah tangga depan" jawab Wan sambil berdiri di muka pintu.
********
3 jam berlalu. Aku masih tiada hala tuju. Untung juga 1 jam tadi Wan suruh aku jaga pintu. Lepas tu, entah. Ada orang lain dah ambil posisi aku.
"Kena buat apa lagi ni?"
"Ira kemas je. Nanti kalau tak buat kerja kena marah"
"Kemas je?"
`Subjektif betul kerja ni ! Kemas je?`
*******
Akhirnya aku buntu. Kaki aku tala ke belakang. Department boxer bersepah sesungguh-sungguhnya. Sakit mata.
Pandang kiri. Pandang kanan.
`Takde orang kemas ke? Takpe ke kalau aku kemas ? Macam tak senonoh je`.
Orang putih kata , finally ! Longgokan selipar bersepah sini sana. Sejujurnya, aku sendiri tak pasti. Perlu ke selipar ni disusun mengikut kronologi saiz kaki? Belum pernah rasanya orang susun selipar selonggok dalam bakul ni.
`Susun jelah`.
******
(bersambung)
Comments