Skip to main content

#AFTERSEVENTEEN : DISTANCE part 4

Lebih 3 jam aku mundar-mandir di ruangan kedai ni. Yang lain nampaknya sibuk mengurus hal masing-masing.

Akhirnya, aku ke ruangan cooking utensils. Jag air yang melambak aku susun mengikut warna, saiz dan jenama. Bekas makanan yang besepah di sini sana turut aku kutip dilonggok dengan sepunya.

"Ira, awak department baju baby"

Nurin berlalu pergi sambil membawa pesanan akak tadi.

`Dah 3 jam lebih baru bagitau department mana. Bagusnya management dekat sini`

********

"Oi ira!"

Sya berdiri tegak di hadapan aku. Aku mengangkat kening tanda dah sedar dari mimpi dalam kaku.

`Lol, sempat aku berangan pasal pagi yang malang tadi`

"Sya pun pernah kena marah macam yang Ira kena. Baru kejap tadi masa Ira solat, Sya kena tengking. Akak kata, kau tu cakap selamat datang kuatlah sikit. Orang tu semua tak tengok kau pun! "

"Seriously?"

"Serious. Ape ntah salahnya kalau dia senyum sikit kat kita. Kan dapat pahala sedekah. Sinis sangat."

"Kannnn"

"Lepastu, masa kita baru masuk. Awal pagi ade beratur baca ikrar dengan doa. Sia-sia je kita kena tengking hari pertama. Dia marah cakap suara perlahan sangat. Dah obviously budak baru, takkan nak baca ikrar macam darjah satu"

Aku hanya mampu senyum tanda simpati.

`Nampaknya kita sekaki ! Tadi pagi, masa mula-mula kenal Sya cakap kerja sini semua okay. Tup tup banyak rupanya yang Sya simpan`

"Sebab tu kita suruh Ira buat-buat je macam mengemas walaupun memang semua tau dah takde apa yang nak dikemas. Sebab kalau akak tu nampak, senang-senang je kena marah. Budak lain cakap, kemas sendiri, lepastu sepahkan sendiri, kemas lagi sekali"

Panjang lebar Sya cerita, selambe aku ketawa.

Lagi 45 minit kedai dah nak tutup.

"Masing-masing dah kemas department?" Najmi bersuara mengingatkan semua.

Masing-masing dah berkumpul depan kaunter.

"Terlebih kemas !" Fiza bergelak dengan jawapan sendiri yang akhirnya disambut oleh kami di sisi.

"Lagi-lagi Ira. Dari awal masuk sampai nak balik. Mengemas je. Sampai department aku pun dia masuk, kemaskan. Aku perhati je"

`Okay, department Wan yang tu ke. Mana aku tau, aku kemas jelah`

"Ira? Selipar dengan tupperware pun dia kemas, susun cantik-cantik". Najmi yang aku sangka anti-Aku rupanya tak terkecuali memerhati.

"Bersungguh Ira. Sya pun tengok dia dari tadi buat kerja. Entah apa yang dikerjakan dia"

"Biasalah tu. Aku masa baru masuk pun sampai ke belakang aku kemas. Lepas seminggu, ni ha. Duduk kat meja bos je. Dah malas"

"Owh Wan baru seminggu?"

"Ha ah. Kenapa Ira?"

Geleng. Sengih. "Takde apa"

`Gaya kau macam dah lama kerja. Tak nampam macam seminggu. Pro kuasa 24`

******

"Ira, ada customer kat department ladies"
"Wan pergilah. Malas"
"Banyaklah. Kejap lagi suruh Najmi tutup kedai. Dah tak ramai orang ni"

Belum pun sempat aku kejar customer tadi, dia dah pun keluar angkat kaki. Barangkali barang dicari tiada di sini.

"Najmi, tutuplah. Dah penat ni"
"Okay, okay"

*****

Masing-masing bawa masuk barang yang disusun luar kedai. Aku dengan Sya cepat-cepat capai kayu panjang nak turunkan barang-barang gantung.

"Nanti Ira sangkut kat pintu ni dulu. Baru bawa masuk tau"
"Okay !"

Tapi payah sangat nak cabut, nak sangkut, nak cabut, nak sangkut. Last-last Wan terus bawa masuk bola-bola berat yang aku tak reti gantung kat pintu. Lepas tu, expert sikit dah. Wan pergi tempat Sya pulak.

Nurin tarik rak-rak besi masuk dalam kedai. Pintu-pintu besi pulak , Najmi yang urus. Fiza tengah sibuk tutup kaunter dengan akak manager.

********

"Ambil barang dekat belakang !"

Semua berlari masuk bilik solat, capai itu. Capai ini. Sempat lagi Najmi kena prank dengan Wan dalam gelap. Menjerit jugak Najmi dekat situ.

"Bertuah punya kawan!"

Najmi ke depan menahan malu. Wan sempat lagi paut bahu Najmi dari belakang. Konon-konon nak pujuk, tapi sisa ketawa menahan geli hati masih gagal disembunyi.

"Poyo Najmi"
"Terkejut oh mak kau"
"Arghh takutnya saya"

Masing-masing bergelak dalam gelap.

"Eh jom, punch card!" Najmi dengan Wan berlari ke kaunter punch card. Aku dengan Sya masih belum didaftar dalam sistem, makanya, punch card kami masih dalam buku rekod je.

"Lagi 3 minit" Wan tolong buang sampah dengan harapan 3 minit akan berlalu pergi dengan cepat.

Sekembalinya Wan ke sini, aku, Sya dengan Najmi masih sibuk menghitung detik menanti jam 10.

"Dah 10?"
"Kau buang sampah seminit pun tak sampai."
"Serius? Lamanya jugak 3 minit ni kan"
"Penantian satu penyeksaan, Wan"
"Najmi, poyonya!"
"Betullah"

Hari ni, Fiza last kerja. Resign sebab nak sambung belajar Pra Diploma.

"Fiza nak punch card buat kali terakhir"
"Gelilah Wan. Kau semua nak akhir"
"Fiza nak nangis tu, jangan ganggu emosi"
"Please Mi, please"

Fiza selamba daftar keluar nama.

"Name tag kau taknak bagi Ira ke, Fiza?"
"Nak buat kenanganlah. Kah kah"

Wan mencebik.

"Ceh tadi geli. Lepastu nak buat kenangan. Kalau bagi Ira kan dia tak payah buat"

Aku hanya mampu berdiam diri, membatu. Serba salah rasanya bila Wan cakap macam tu. Hasrat hati, tak rasa nak sambung lagi kat sini.

"Ira. Ha Sya sekali. Nanti korang buat name tag ni sendiri tau. Macam ni. Dekat kedai Mutiara sana tu, kalau tak silap" sambil tu, Wan menayang-nayang name tag kuningnya depan aku dengan Sya.

"Okay" Laju sya menjawab.

`Hmph okayy`

Dek kerana aku senyap tak menjawab, Wan tanya sekali lagi.

"Faham tak Ira?"
"Faham bos!"

*****

(bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

PETRONAS YOUNGSTAR DAY 2016

“Challenge yourself with new surrounding. Then only you’ll know your strengths and abilities ”-Ira,2016  This post is dedicated specially to those who requested. Saya tak mampu nak taip panjang dalam whatsapp. Typo maharaja maharani semua jadi. Nah cerita kat sini. To Asyaf, Khairiah, Aqilah, Zaimah and 'Izzah.. All the best for your iv and hope this will help a little bit. It was my first time experience. So let me first tell you, frankly speaking, I am so dead nervous for the interview session. Because hello, I’m gonna speak with strangers whom should be called as sir or miss or whatsoever, in English! I rarely speak English for sure. Well I did use  “I don’t think so” “I see” “Well I don’t know”.  But for sure, these aren’t going to help me speak fluently during that day. But, yeah. Let’s give a try ! ******** 5th of April 2016, Tuesday. “What kind of day is coming? Too...

Hurt

Even when the sky comes falling Even when the sun don't shine I got faith in you and I So put your pretty little hand in mine Even when we're down to the wire baby Even when it's do or die We could do it baby, simple and plain 'Cause this love is a sure thing Remember those days when I felt nothing, and everything seemed too sudden and blurry? I don’t expect me to be carried away so bad for what was happening. Those days when I don’t feel like how I used to. I don’t know if part of me is losing, or I’m losing whole piece of me. Everything was numb. My heart. My spirit. Lucky that my brain is still functioning on track. I’ve never expected that I could break this hard. People told me that being heartbroken is hard. But they never told me that it will be this hard. Too hard that I’ve feel like giving up fighting. *** Fighting is fun. For someone who loves to go against my comfort zone, I used to find it thrilling. But I’ve never thou...